KUALA LUMPUR: Terengganu berjaya merampas takhta teratas Liga Super setelah berjaya membelasah Pahang 5-0 pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Rabu.Keputusan itu membolehkan Terengganumerampas kedudukan liga dari Kelantan yang kini jatuh tangga kedua dengan mengumpul 47 mata iaitu tiga mata di hadapan Kelantan. Gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Mohd Ashaari Samsudin pada minit ke-14, Abdul Hadi Yahya pula berjaya melakukan hatrik (minit ke-20, 53, 56) dan Abdul Manaf Mamat (minit ke-77).Dalam satu lagi perlawanan Liga Super, Kelantan gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tumpas 1-2 kepada T-Team di Stadium Sultan Muhammad ke-4, Kota Baharu.Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Mohad Badrul Hizani pada minit ke-46.Kelantan kemudianya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-86 hasil jaringan Nurul Azwan Roya, namun T-Team memperoleh gol kemenangan menerusi Indera Putra Mahayudin pada minit ke-97.Di Stadium Shah Alam, Selangor, Selangor sekali lagi kecundang apabila tumpas 1-2 kepada Harimau Muda A.Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-41 hasil tandukan Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Azwari kemudiannya menyumbang gol kedua pasukan Harimau Muda A pada minit ke-61.Gol tunggal Selangor pula disumbangkan oleh Safiq Rahim hasil sepakan percuma pada minit ke-64.Di Stadium Utama, Kangar, Perak mengecewakan pasukan tuan rumah 2-1.Dua gol Perak dijaringan oleh Mohd Shazuan Mohd Ashraf Mathews pada minit ke-64 dan Akmal Rizal Rakhli (minit ke-84) manakala gol tunggal Perlis pula disumbangkan oleh Tengku Mohd Adam (minit ke-48).Di Stadium JCrop, Pasir Gudang, Kedah menang tipis 1-0 kepada Johor FC.Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pasukan tuan rumah menang tipis 2-1 kepada Felda United.Dua gol Sabah disumbangkan oleh Zainizam Marjan pada minit ke-58 dan Sharul Azhar Ture (minit ke-62) manakala gol saguhati Felda United dijaringkan oleh Mohd Hasmarul Fadzir Hassan pada minit ke-31.Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Pasukan Kuala Lumpur terikat seri 1-1 kepada Negeri Sembilan.Gol pertama pasukan tuan rumah hadir pada minit ke-24 hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri dan Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit-72 hasil jaringan Aidil Zafuan Radzak.-BERNAMA