suria

250 Peserta Berentap Pada Aksi Terbuka Shorin-Ryu Seibukan Karate-Do

SEREMBAN: Seramai 250 peserta gabungan Persatuan Shorin Ryu Seibukan Karate Do Malaysia dari seluruh negara akan bersaing pada Kejohanan Jemputan Terbuka Shorin-Ryu Seibukan Karate-Do 2011 di Kompleks Sukan Paroi, di sini pada Sabtu dan Ahad ini.

Pengerusi penganjur kejohanan itu Shihan S. Paramasivan berkata kejohanan yang julung kali diadakan itu bagi merebut Piala Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan turut disertai seramai 25 peserta dari India.

"Para peserta adalah terdiri daripada lelaki dan wanita yang berumur enam hingga 17 tahun dengan berat badan 50 kg hingga 84 kg. Sebanyak 30 kategori kata dan kumite individu dan berpasukan akan dipertandingkan pada kejohanan tersebut," katanya.

Beliau berkata kejohanan itu antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan ahli gabungan Persatuan Shorin Ryu Seibukan Karate Do Malaysia dari seluruh negara.

Katanya kejohanan itu dijangka akan dirasmikan oleh Pengerusi Felda yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad manakala penutupnya oleh Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) yang juga Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.-BERNAMA

Artikel Lain