Vettel mengungguli perlumbaan pusingan kelapan Formula Satu di Valencia awal pagi Isnin.PELUMBA Formula Satu, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull menjuarai pusingan kelapan Grand Prix Eropah di Valencia, Sepanyol pada Ahad sekali gus merekodkan kejayaan keenam daripada lapan siri perlumbaan setakat ini.Vettel menamatkan perlumbaan 10.8 saat di depan pelumba Ferrari, Fernando Alonso yang turut menyaksikan dia mendominasikan perlumbaan hingga ke pusingan terakhir. “Inilah pencapaian terbaik setakat ini,” katanya.Sementara itu, pelumba kelahiran Jerman ini kini mengungguli 77 mata di depan pelumba McLaren, Jenson Button, manakala rakan sepasukannya, Mark Webber berada di tangga ketiga.Kemenangan kali ke-16 sepanjang karier ini menjadikan rekodnya setaraf dengan pelumba lagenda dari Britain, Stirling Moss. Dengan kelebihan ini juga dia mampu membawa pasukannya berada dalam kedudukan selesa tanpa perlu bersaing gigih memungut mata lagi.“Mungkin pada pandangan luar saya tidak perlu lagi berusaha keras. Saya tidak tahu apa yang terjadi lagi pada perlumbaan grand prix ini, ia kadang kala kelihatan seperti membosankan tetapi saya tetap seronok.“Dengan sebab lain, saya gembira dengan litar ini walaupun setiap tahun ada yang mengatakan litar ini agak sukar untuk memberi aksi seratus peratus, tetapi kami telah membuktikan sepenuhnya tanpa sebarang kelemahan,” jelasnya yang turut meraih podium utama di Valencia tahun lalu.