LUKA MODRIC dijangka mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy esok (Rabu) bagi membincangkan masa depannya bersama kelab London itu.Pemain tengah Croatia itu yang juga pemain terbaik Tottenham musim lalu dilaporkan bakal bertemu Levy bersama agennya. Modric mahukan pentas permainan yang lebih mencabar seperti kejohanan Juara-Juara Eropah tetapi malangnya Tottenham hanya layak bermain dalam kejohanan Liga Eropah sahaja musim depan.Ini dikhuatiri akan digunakannya untuk mendesak Tottenham agar menjualnya kepada kelab-kelab lebih besar yang akan bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah.Chelsea adalah kelab pertama yang membuat tawaran konkrit ke atas Modric pada harga £22 juta tetapi ditolak oleh Levy, pengurus Tottenham Harry Redknapp malah oleh agen Modric sendiri kerana menganggap jumlah tersebut terlalu kecil berbanding reputasi Modric.Chelsea mungkin akan membuat bidaan kedua tidak lama lagi memandangkan Manchester United juga sedang mengintai peluang mendapatkan tandatangan Modric sebagai penganti Paul Scholes yang kini dilantik sebagai jurulatih pasukan.Sir Alex Ferguson menyifatkan Modric sebagai pemain terbaik Liga Perdana Inggeris musim lalu.Tetapi pada masa yang sama, ramai pengulas sukan berpendapat, Levy juga bersedia menawarkan Modric (yang kini memperolehi pendapatan £45,000 seminggu) kenaikkan gaji sehingga £75,000 seminggu iaitu yang tertinggi di kalangan pemain-pemain mereka.Walau bagaimanapun, Modric masih terikat dengan kontrak untuk bermain bersama Tottenham sehingga 2016.