LONDON: Andre Villas-Boas mengesahkan pelantikan bekas pemain Chelsea, Roberto Di Matteo sebagai penolong pengurus pasukan Chelsea yang baru berkuatkuasa serta merta.Beliau mengantikan tempat Ray Wilkins yang pada awal tahun ini dipecat tanpa sebab oleh pemilik kelab tersebut Roman Abramovich. Villas-Boas turut mengumumkan senarai pasukan pengurusannya yang baru yang dua di antaranya adalah bekas kakitangannya ketika di Porto.Mereka ialah Jose Mario Rocha dan Daniel Sousa.Pelantikan Di Matteo menepati ramalan yang dibuat oleh para wartawan dan pengulas sukan semalam.Di Matteo sebelum ini adalah pengurus WBA tetapi dipecat pada pertengahan musim lalu.Dalam pada itu, Villas-Boas turut mengesahkan bahawa beliau akan mengekalkan John Terry sebagai kapten pasukan.