PENGERUSI Wigan, Dave Whelan mendedahkan Roberto Martinez berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Manchester City, Shaun Wright-Phillips. Dia lebih banyak memanaskan bangku kerusi daripada bermain untuk kelabnya pada musim lalu. Wright-Phillips, 29, cuma diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama dalam dua perlawanan Liga Perdana Inggeris pada musim lalu. Dia nampaknya bersedia untuk meninggalkan Eastlands, tiga tahun selepas menyertai kelab itu dari Chelsea. Whelan mendakwa, Martinez mengagumi kehebatan pemain sayap yang lincah itu. "Kami memang berminat terhadap Shaun Wright-Phillips dan saya yakin dia turut menyukainya di Wigan kerana kami mempunyai pengurus hebat, Roberto Martinez. "Kami sudah pasti ingin membawana ke Wigan tetapi kami tidak tahu tentang tuntutan gajinya. Banyak perkara perlu dibincangkan lagi tetapi Roberto memang berminat membawanya ke Wigan," katanya.