suria

Santos Tetap Enggan Lepas Neymar

SANTOS tidak merancang untuk menjual Neymar (gambar) dan akan memastikan penyerang sensasi itu kekal bersama kelab tersebut dalam tempoh beberapa tahun lagi, kata Presidennya, Luis Alvaro de Oliveira Ribeiro.

Neymar yang membantu Santos menjuarai saingan akhir kelab Amerika Selatan minggu lalu mulai menjadi buruan beberapa kelab terkemuka Eropah.

Pemain berusia 19 tahun itu turut dikaitkan dengan kelab besar seperti Real Madrid dan Chelsea.

"Apa jua spekulasi yang dilaporkan media tempatan dan antarabangsa, saya menegaskan bahawa Neymar tidak akan dijual," katanya.

Sementara itu, Neymar memberitahu dia tetap setia kepada Santos FC dan akan terus berusaha memenuhi harapan peminat bola sepak Brazil.

Santos turut menolak apa jua bidaan terhadap Neymar kerana kelab itu mahu melihatnya kekal bersama mereka untuk jangka masa panjang.

Artikel Lain