MALAYSIA merangkul pingat emas ke-50 menerusi acara renang berirama pada hari ke-10 Sukan SEA di Indonesia.Pasukan duet rutin bebas wanita negara, Katrina Ann Abdul Hadi dan Png Hui Chuen berjaya mengumpul mata tertinggi 76.051 mengatasi pesaing Singapura yang membawa pulang pingat perak dengan 72.476 mata. Pasukan tuan rumah Indonesia sekadar memperoleh gangsa dengan kutipan 71.563 mata. * Lagi berita menyusul.