KUALA LUMPUR: Hasrat jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei untuk memburu kejayaan di Terbuka China musnah selepas tumpas di tangan musuh tradisinya Lin Dan pada perlawanan separuh akhir malam Sabtu. Lin Dan yang juga pemain nombor dua dunia mengambil masa satu jam 16 minit untuk menundukkan Chong Wei dengan 21-19, 12-21 dan 11-21, demikian menurut laman web tournamentsoftware.com.Kali terakhir Chong Wei berjaya menewaskan pemain China itu adalah pada Mac lepas di Kejohanan Badminton All England. - BERNAMA