suria

Vettel Atasi Rekod Mansell

Mark Webber (kanan) meraikan kemenangan tempat pertama GP Brazil bersama rakan sepasukan, Vettel di Brazil awal pagi Isnin. Foto: EPA
Mark Webber (kanan) meraikan kemenangan tempat pertama GP Brazil bersama rakan sepasukan, Vettel di Brazil awal pagi Isnin. Foto: EPA
Mark Webber (kanan) meraikan kemenangan tempat pertama GP Brazil bersama rakan sepasukan, Vettel di Brazil awal pagi Isnin. Foto: EPA

JUARA dua kali Formula 1 (F1) Sebastian Vettel melakar sejarah lagi apabila memecahkan rekod 19 tahun Nigel Mansell dengan menjadi pelumba paling banyak bermula di petak pertama dalam semusim.

Setahun selepas menjadi pelumba paling muda memenangi kejuaraan F1, pelumba kelahiran Jerman ini memenangi petak pertama ke-15 bagi dirinya di Litar Interlagos pada perlumbaan Grand Prix Brazil untuk mengatasi rekod yang dipegang Nigel Mansell sejak 1992.

Mansell mencipta rekod untuk pasukan Williams dengan 16 perlumbaan diadakan dalam semusim ketika dia turut memenangi sembilan perlumbaan untuk menjuarai satu-satu mahkota kejuaraan F1. Dia hanya gagal bermula di petak pertama di GP Kanada dan Hungary pada tahun itu. Dia bermula di petak pertama enam kali berturut-turut dari awal musim dan lima perlumbaan terakhir musim itu.

Vettel memecahkan rekod itu dengan 19 perlumbaan dan hanya gagal bermula di petak pertama di Sepanyol, England, Jerman dan Korea Selatan. Manakala permulaan paling buruk baginya ialah di petak ketiga di Jerman.

Prinsipal pasukan Red Bull, Christian Horner berkata, ia pencapaian gemilang Sebastian. Ia satu rekod baru F1 yang memang wajar dinikmati Sebastian.

“Dia berkongsi rekod dengan Nigel selama dua minggu dan sekarang nama besar itu berada di belakangnya,” katanya.

Vettel menyamai rekod Mansell selepas memenangi petak pertama ke-14 di GP Abu Dhabi dua minggu lalu, dan memecahkan rekod itu d Brazil dengan mencatat masa 1 minit, 11.918 saat.

Sementara itu, Vettel yang meraih kedudukan kedua pada perlumbaan terakhir musim ini berkata, dia mempunyai perasaan positif untuk menguasai saingan pada pusingan pertama, namun kegagalan kotak gear menjadikan dia agak ketinggalan.

“Saya tidak rasa itu adalah nasib malang pada aksi ini. Jika sesuatu yang berlaku, ia adalah di luar kawalan anda. Namun secara keseluruhannya, kami telah menamatkan dengan prestasi cemerlang untuk berada di kedudukan teratas.

"Ini adalah tahun yang perlu dibanggakan,” katanya.

Artikel Sebelum

Vettel Atasi Rekod Mansell

Artikel Lain