suria

Chong Wei Menang Perlawanan Kumpulan Pertama Akhir Siri Super

KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei terpaksa bertungkus lumus sebelum memenangi perlawanan kumpulan pertama perseorangan lelaki Final Siri Super Dunia yang berlangsung di Liu Zhou, China pada Rabu.

Pemain 29 tahun itu, dalam Kumpulan A, mengambil masa 51 minit untuk mengalahkan Sho Sasaki dari Jepun 21-11, 18-21, 21-12.

Perlawanan Kumpulan A lain antara Simon Santoso dari Indonesia dan Peter Hoeg Gade dari Denmark, menang 21-13, 21-9.

Sementara itu dalam Kumpulan B, lawan Chong Wei, Lin Dan dari China juga berhempas pulas sebelum mengalahkan Chen Long 21-15, 19-21, 21-17.

Dalam beregu lelaki, pemain kebangsaan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong mengalahkan Sung Jung Jae dan Dae Lee Yung dari Korea Selatan 21-18, 15-21, 18-21. - BERNAMA

Artikel Lain