MANCHESTER City bakal berdepan dengan juara bertahan Porto, manakala jirannya, Manchester United akan bertemu Ajax pada saingan 32 pasukan Liga Piala Eropah bermula Februari ini.Porto yang merangkul trofi kejuaraan tahun lalu ketika di bawah kendalian Andre Villas-Boas yang kini memimpin skuad Chelsea akan menerima kunjungan City sebelum ke Stadium Etihad dan United pula akan beraksi di Amsterdam Arena First. Sementara itu, Stoke City dijangka bakal menghadapi saingan sengit apabila diundi bertemu Valencia.Sekiranya tiga kelab Inggeris itu berjaya menewaskan lawan masing-masing dan layak ke pusingan 16 pasukan, United dijangka akan bertemu Lokomotiv Moscow atau Althletico Bilbao.Menunggu City sekiranya mereka menewaskan Porto ialah Legia Warsaw ataupun Sporting, manakala Stoke akan bertemu Trabzonspor atau PSV Eindhoven jika menang ke atas Valencia.Pengurus Stoke, Tony Pulis berkata, dia berpuas hati dengan undian ini."Ia undian yang bagus. Valencia merupakan salah satu pasukan yang kuat di Eropah dan mempunyai tradisi permainan yang unggul."Saya rasakan semua pemain teruja untuk beraksi. Kami akan menyambut Krismas dengan tenang kerana masih mempunyai lapan minggu untuk melakukan persiapan sebelum berkunjung ke Sepanyol," katanya.Perlawanan pusingan pertama akan berlangsung pada 16 Februari depan manakala pusingan kedua pada 23 Februari.Berikut adalah undian Liga Eropah 32 pasukan:Porto lwn Manchester CityAjax lwn Manchester UnitedLokomotiv Moscow lwn Athletic BilbaoSalzburg lwn Metalist KharkivStoke City lwn ValenciaRubin Kazan lwn OlympiacosAZ Alkmaar lwn AnderlechtLazio lwn Atletico MadridSteaua Bucharest lwn TwenteViktoria Plzen lwn SchalkeWisla Krakow lwn Standard LiegeBraga lwn BesiktasUdinese lwn PAOKTrabzonspor lwn PSV EindhovenHannover lwn BruggeLegia Warsaw lwn Sporting