suria

Azam Rasa Terharu Raih Emas Pertama Di Solo

SOLO: Pemain tenis paralimpik negara, Azman Hassan rasa terharu dengan kejayaan pertamanya meraih sebutir pingat emas pada hari ketiga Temasya Para Asean menerusi acara tenis individu quad lelaki bagi kategori MS6 (berkerusi roda).

Azman, 24 tahun dinobatkan sebagai pemenang pingat emas setelah berjaya menumpaskan pemain tuan rumah, Indonesia, Namin dengan mata 6-0 dan 6-2 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Gelanggang Tennis Manahan pada Ahad.

Pingat gangsa bagi acara tersebut pula milik Sumrerng Kruami dari Thailand.

Katanya beliau rasa terharu dengan kejayaan hari ini dan bersyukur kerana usahanya berlatih secara bersungguh-sungguh selama dua tahun melalui program yang disediakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dengan Kerjasama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) akhirnya membuahkan hasil.

"Walaupun berdepan dengan saingan cukup hebat daripada pesaing khususnya dari Indonesia, akhir saya mampu untuk mengatasinya dengan kemenangan hari ini," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kejayaan hari ini juga membakar semangatnya untuk terus lebih bersungguh-sungguh pada kejohanan berikutnya.

Pemenang pingat perak dalam acara yang sama ketika Para Asean edisi Korat Thailand 2007 berhasrat untuk pergi ke peringkat yang lebih jauh lagi sama ada di peringkat Asia mahupun paralimpik.

Artikel Lain