suria

Berlaku Kelewatan Penyediaan Infrastruktur Sukma Di Pahang

KUANTAN: Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail mengakui berlakunya kelewatan dalam penyediaan infrastruktur untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Pahang Julai ini.

Beliau berkata kelewatan paling ketara adalah pembinaan kolam renang dan gelanggang ekuestrian.

Bagaimanapun, teguran telah dibuat kepada kontraktor bertanggungjawab supaya menyiapkannya mengikut tarikh yang ditetapkan dan pembinaannya sekarang sudah melepasi 40 peratus, katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Mengenai penginapan atlet dan pegawai pada temasya itu, katanya penganjur telah mengenal pasti tempat yang sesuai yang melibatkan beberapa buah sekolah dan pusat pengajian tinggi.

Pahang menjadi tuan rumah Sukma ke-15 yang akan berlangsung dari 7-16 Julai ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain