Gianfranco ZolaBEKAS pemain Chelsea, Gianfranco Zola mengakui kelab itu semakin kesuntukan masa untuk kembali berada dalam keadaan selesa musim ini.Selepas kalah 1-3 kepada Napoli pada saingan Liga Juara-Juara (CL) pada Rabu, ia semakin sukar buat Andre Villas-Boas untuk mengelak daripada tersingkir pada aksi di peringkat Eropah. Mereka juga turut tertekan dengan kedudukan kelima dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) serta perlu menang ke atas Birmingham pada aksi Piala FA.“Saya rasa mereka perlu cepat sedar dan mencari jalan dengan pantas, lebih-lebih lagi dari segi psikologi mereka yang dilihat semakin rapuh pada ketika ini."Kamu perlu tahu apa yang perlu dibuat dan melakukannya dengan 100 peratus,” katanya.