suria

Arshavin Tinggalkan The Gunners, Kembali Ke Zenit

Arshavin menjaringkan empat gol ketika menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris 2009.
Arshavin menjaringkan empat gol ketika menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris 2009.
Arshavin menjaringkan empat gol ketika menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris 2009.

PENYERANG Arsenal, Andrey Arshavin akan kembali bersama bekas kelabnya, Zenit St Petersburg secara pinjaman sehingga Julai ini pada hari terakhir jendela perpindahan ditutup hari ini (Sabtu).

Pemain antarabangsa Rusia, 30 tahun ini dilihat lebih banyak dibangku simpanan di Stadium Emirates sehingga menimbulkan kemarahan penyokong-penyokong Arsenal.

Berita ini disahkan melalui laman rasmi Twitter @AndrArshavin23: “Sudah tamat.”

Selepas itu Arshavin mengesahkan dalam laman web peribadinya: “Saya akan berpindah ke Zenit dengan pinjaman dan akan memakai jersi bernombor 29. Semua butiran lanjut akan dikeluarkan esok, apabila kamu sudah bangun.”

Sementara itu, The Gunners turut mengesahkan urusan ini dan menambah: “Semua orang di Arsenal mengucapkan selamat maju jaya kepada Andrey sepanjang dia bersama Zenit.”

Arshavin tiba di Arsenal dari Zenit pada Januari 2009 selepas aksinya mendapat perhatian pada Kejuaraan Eropah 2008 di Switzerland dan Austria.

Dia banyak membantu kelab, dan turut menjaringkan 4 gol ketika kelab itu seri dengan Liverpool (4-4) di Anfield ketika awal kariernya, namun aksinya semakin tidak menentu dan turut mendapat kritikan daripada peminat-peminat Arsenal.

Arshavin telah bermain sebanyak 133 kali dan menjaringkan 30 gol sepanjang bersama The Gunners.

Artikel Lain