Pelayar pelapis negara, Ahmad Latif Khan mendahului perlumbaan pada hari terakhir sekaligus menjuarai kategori Laser 4.7 terbuka Kejohanan Pelayaran Asia (ASC) 2012. Foto: BERNAMALANGKAWI: Malaysia merangkul empat pingat emas pada Kejohanan Pelayaran Asia (ASC) 2012 edisi ke-15 yang berakhir di sini, Sabtu.Pingat emas itu diraih menerusi Ahmad Latif Khan bagi acara Laser 4.7, Nor Amirah Hamid acara Laser Radial, gandingan Ku Anas Ku Zamil dan Mohd Hafizudin Mazelan dalam acara International 470, manakala Jeremy Khoo acara Match Racing. Sementara itu, pelayar pelapis negara Ahmad Latif Khan bagi acara Laser 4.7 terbuka menjuarai acara itu dengan memungut 24 mata dari 12 perlumbaan manakala rakannya Mohd Farhan Hamid tempat kedua dengan 35 mata dan tempat ketiga pelayar dari Indonesia Allison Maher dengan 39 mata.Bagi acara Laser Radial, Nur Amirah Hamid mengungguli acara dengan memungut 26 mata diikuti tempat kedua pelayar Hong Kong Nagisa Sakai dengan 34 mata, manakala Khairuneeta Mohd Afendy dari Malaysia hanya menduduki tempat ketiga dengan 37 mata.Acara International 470, gadingan Ku Anas Ku Zamil dan Mohd Hafizudin Mazelan berada di hadapan dengan 27 mata dan tempat kedua rakan senegara mereka Razman Mat Ali dan Mohd Solehudin Ismail dengan 32 mata manakala ketiga pelayar gandingan China Wang Wedong dan Deng Daokun dengan 32 mata.Malaysia turut memenangi acara Match Racing yang menggunakan bot Pelatun lima sepasukan diketuai oleh Jeremy Khoo manakala tempat kedua pelayar dari India yang ketuai Mahesh Ramachandran dan ketiga pelayar dari Singapura Maximilian Soh Khyan.Pelayar elit negara Khairulnizam Mohd Afendy terpaksa berpuas hati dengan memenangi pingat perak apabila hanya mampu menduduki tempat kedua dalam acara Laser Standard dengan 24 mata.Acara itu dimenangi pelayar Thailand Keerati Bualong dengan mengutip 15 mata, sementara ketiga pelayar dari China Zhou Jinfu dengan 25 mata.Korea Selatan turut memenangi pingat emas dalam acara Optimist (lelaki) menerusi Kim Ju Hyeong dengan 46 mata, Singapura di tempat kedua menerusi Koh Yi Kun dengan 46 mata dan ketiga Samuel Nedjiun Jie juga dari Singapura dengan 48 mata.Pelayar Thailand Chaninat Poolsiritot memenangi acara Optimits (wanita) dengan 24 mata, tempat kedua pelayar Singapura Phua Shyn Ee dengan 45 mata manakala ketiga pelayar China Lu Wei yi dengan 45 mata.Dalam acara Wind Surfing RSX (lelaki) Pelayar China Wang Wikai muncul di tempat pertama dengan 16 mata manakala rakannya Chen Guoxing di tempat kedua dengan 22 mata dan ketiga pelayar dari Korea Kim Hiung dengan memungut 25 mata.Dalam acara Wind Surfing (Wanita), China juga mengungguli acara itu menerusi pelayar Wu Jiahui dengan 12 mata manakala kedua pelayar Hong Kong Lo Sin Lam dengan 22 mata dan ketiga rakan senegaranya Chau Kim Ching dengan 31 mata.Kejohanan itu disertai 276 pelayar dari 16 negara.Sementara itu Korea Selatan dipilih menjadi tuan rumah pada kejohanan itu edisi ke-16 pada 2014. -BERNAMA