suria

Tiada Sesi Jabat Tangan Sebelum Perlawanan Chelsea-QPR

Hubungan Terry (kiri) dan Ferdinand masih tegang sejak Oktober lalu.
Hubungan Terry (kiri) dan Ferdinand masih tegang sejak Oktober lalu.
Hubungan Terry (kiri) dan Ferdinand masih tegang sejak Oktober lalu.

LIGA Perdana Inggeris bersetuju untuk tidak mengadakan sesi berjabat tangan sebelum perlawanan antara Chelsea dan Queen Park Rangers (QPR) berdasarkan situasi tegang di antara John Terry dan Anton Ferdinand.

Kapten Chelsea itu dilaporkan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pemain pertahanan QPR tersebut ketika aksi liga Oktober tahun lalu.

Namun Terry menafikan laporan tersebut dan bakal menjalani perbicaraan selepas aksi Euro 2012 berakhir Julai ini.

"Sesi berjabat tangan sebelum perlawanan adalah situasi normal dan perlu dilaksanakan.

"Bagaimanapun selepas berbincang dengan pasukan Chelsea dan QPR berkenaan potensi serta kandungan undang-undang mengenai hubungan Terry dan Ferdinand, keputusan telah dibuat iaitu menggantungkan sementara sesi berjabat tangan pada perlawanan Ahad ini," jelas kenyataan Liga Perdana.

Pada pertemuan pusingan keempat Piala FA Januari lalu, kedua-kedua pasukan juga tidak ada sesi berjabat tangan sebelum perlawanan.

Artikel Lain