suria

Terbuka India: Hanya Chong Wei, Bergu Goh-Lim Layak Ke Separuh Akhir

NEW DELHI: Hanya Johan bertahan dan pilihan utama di Terbuka India 2012, Datuk Lee Chong Wei dan beregu Goh V Shem-Lim Khim Wah berjaya melayakkan diri ke separuh akhir.

Chong Wei akan bertemu sama ada pemain Taiwan Jen Hao Hsu atau Denmark Hans-Kristian Vittinghus esok, setelah menumpaskan peserta Indonesia Taufik Hidayat dalam hanya dua set 21-16, 21-13 pada Jumaat.

Beregu lelaki Goh V Shem-Lim Khim Wah akan berdepan dengan peserta Korea Sung Hyun Ko dan Yeon Seong Yoo esok, selepas mengalahkan peserta Russia Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov dalam perlawanan tiga set 21-17, 16-21, 21-10.

Pemain lain Malaysia, beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tewas di tangan Indonesia Pratama-Ryan Agung Saputra, 21-18, 15-21, 19-21.

Beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas kepada pemain Thailand Sudket Prapakamol–Saralee Thoungthongkam dalam perlawanan tiga set, 14-21, 21-15, 18-21. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain