KUALA LUMPUR: Pelumba New Zealand Michael Torckler dari Pure Black Racing Team mengambil sikap berhati-hati berhubung peluangnya untuk menang pada Jelajah 1Malaysia 2012, yang bermula pada Selasa. Tockler, pemenang keseluruhan pertandingan Jelajah Borneo baru-baru ini, berkata beberapa pasukan berada dalam kedudukan yang mampu memusnahkan impiannya untuk menjuarai perlumbaan kali ini. "Bukan mudah untuk membuatkan pasukan lain lebih berhati-hati dengan kita, seperti Aisan Racing Team dan RTS Racing team. Mereka akan menyukarkan keadaan," kata pelumba berusia 25 tahun itu kepada pemberita.Warga New Zealand itu akan melakukan penampilan sulungnya pada pertandingan lumba basikal tertua Malaysia, yang bermula 8 Mei dan berakhir 13 Mei.Edisi ke-48 perlumbaan itu menyaksikan enam peringkat meliputi jarak sejauh 1,023 kilometer.Peringkat pertama akan bermula di Stadium Merdeka dan berakhir di Bandar Baru Kampar, Perak, meliputi jarak sejauh 161.5 kilometer.Peserta dijadual dilepaskan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Selasa. - BERNAMA