suria

Chan & Goh Gagal Ke Final Terbuka Singapura

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying, gagal mara ke pusingan akhir kejohanan Siri Super Terbuka Singapura selepas tewas kepada beregu dari Taiwan, Chen Hung Ling dan Cheng Wen Hsing, pada peringkat separuh akhir pada Sabtu.

Beregu negara itu tewas dengan mata 16-21 dan 13-21 dalam masa 31 minit.

Menurut laman web rasmi kejohanan itu, beregu nombor lima dunia dari Taiwan itu dijadualkan bertemu dengan pasangan dari Jepun, Shintaro Ikeda dan Reiko Shiota pada pusingan akhir di Stadium Tertutup Singapura itu esok.

Terdahulu, Shintaro dan Reiko menewaskan pasangan sepasukan, Shoji Sato dan Shizuka Matsuo dengan 21-18 dan 21-16. -BERNAMA

Artikel Lain