Alonso menjadi pelumba pertama yang menjuarai dua perlumbaan musim ini.PELUMBA Ferrari, Fernando Alonso menjuarai perlumbaan Grand Prix Eropah sekali gus menjadi pemenang pertama mengulangi kemenangan musim Formula Satu (F1) selepas lapan perlumbaan pada Ahad.Sebelum ini Alonso mennjuarai perlumbaan GP Malaysia pada Mac lalu. "Saya tidak tahu apa yang perlu dicakapkan kerana saya sangat teruja."Jadi ia pasti satu perasaan yang cukup bermakna kepada saya. Banyak perkara yang saya fikirkan sekarang, namun saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan, semua penyokong yang telah menyokong saya sepanjang minggu ini," katanya.Pemandu Finland, Kimi Raikkonen meraih kedudukan tempat kedua untuk Lotus dan juara tujuh kali Michael Schumacher (Mercedes) mendapat tempat ketiga dalam penampilan pertamanya sejak tahun 2006.Sementara itu, pelumba Red Bull Mark Webber, menamatkan perlumbaan di tempat ke-4, diikuti Nico Hulknberg cemerlang untuk pasukan Force India dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-5 dihadapan Rosberg (Mercedes) dan ketujuh Paul Di Resta (Force India).Perlumbaan Pusingan 9 GP British akan berlangsung di Silverstone pada 6-8 Julai ini.Senarai penuh keputusan Pusingan 8 (GP Eropah):1. Fernando Alonso - Ferrari 1:44:16.649 sec 2. Kimi Räikkönen - Lotus-Renault +6.43. Michael Schumacher - Mercedes +12.6 secs 4. Mark Webber - Red Bull +13.6 secs5. Nico Hulkenberg - Force India-Mercedes +19.96.Nico Rosberg - Mercedes +21.1 secs7. Paul di Resta - Force India-Mercedes +22.88. Jenson Button - McLaren-Mercedes +24.6 secs 9.Sergio Perez - Sauber-Ferrari +27.7 secs 10. Bruno Senna - Williams-Renault +35.9 secs Kedudukan pelumba keseluruhan selepas pusingan 8:1. Fernando Alonso 111 mata2.Mark Webber 913. Lewis Hamilton 884. Sebastian Vettel 855. Nico Rosberg 756. Kimi Räikkönen 737. Romain Grosjean 538.Jenson Button 499.Sergio Perez 3910.Pastor Maldonado 3011.Paul di Resta 2712.Kamui Kobayashi 2113.Michael Schumacher 1714.Nico Hulkenberg 1715.Bruno Senna 1516. Felipe Massa 1117.Jean-Eric Vergne 418.Daniel Ricciardo 2 Kedudukan pengeluar keseluruhan selepas Pusingan 8:1. Red Bull Racing-Renault 1762.McLaren-Mercedes 1373. Lotus-Renault 1264.Ferrari 1225.Mercedes 926.Sauber-Ferrari 607. Williams-Renault 458.Force India-Mercedes 449. STR-Ferrari 610.Caterham-Renault 011.Marussia-Cosworth 012. HRT-Cosworth 0