Nadal terus meninggalkan padang sebaik saja berjabat tangan dengan Rosol (kiri).LONDON: Pemain Sepanyol, Rafael Nadal tewas lima set di tangan pemain tidak ternama dari Republik Czech, Lukas Rosol pada pusingan kedua kejohanan tenis Wimbledon, Jumaat.Kekalahan itu merupakan kejutan terbesar dalam sejarah grand slam. Sebelum ini, hanya tiga nama yang sering menguasai setiap grand slam di peringkat separuh akhir iaitu Novak Djokovic, Nadal dan Roger Federer.Malangnya, Nadal tersingkir di tangan pemain ke-100 dunia itu dengan 6-7, 6-4, 6-4, 2-6, 6-4.“Saya amat terkejut kerana saya dapat melakukan di Court Wimbledon. Saya memang tidak menjangkakannya,” kata Rosol.Terdahulu, Rosol pernah beraksi lima kali di Wimbledon tetapi semuanya berakhir dengan kekalahan di pusingan awal kelayakan.Nadal yang juga pemain nombor dua dunia dan pilihan kedua kejohanan itu sebelum ini sampai ke perlawanan akhir Wimbledon sebanyak lima kali dan memenangi kejohanan itu dua kali.