KUANTAN: Kejayaan Jasmine Lai menambah koleksi sebutir lagi pingat emas menerusi acara 10m papan anjal seiringan wanita pada hari kedua acara terjun belum dapat memuaskan hati penerjun dari Perak itu.Jasmine dan pasangan Ling Kar itu memenangi pingat emas bagi acara tersebut apabila meraih mata tertinggi iaitu 276.78 mata mengatasi lima penerjun lain. Pingat perak bagi acara itu menjadi milik penerjun Wilayah Persekutuan yang diwakili oleh Nur Dhabitah Sabri dan Loh Zhiayi yang mengumpul 276.78 mata, manakala pingat gangsa pula milik gandingan penerjun Selangor yang mengutip 243.69 mata yang dibarisi oleh Adeline Chin dan Ng Zheng Ni."Hari ini rasa puas hati sebab dapat tambah satu lagi pingat emas namun masih belum cukup. Saya harap mampu tambah lagi pingat lepas ini baru capai sasaran peribadi," katanya kepada Bernama Isnin.Semalam, Jasmine memperolehi pingat emas pertama menerusi acara 1M papan anjal individu dan esok akan beraksi dalam acara platform individu diikuti acara 3m papan anjal seiringan wanita pada Khamis nanti. - BERNAMA