Van Persie kini menjalani latihan bersama negaranya menjelang perlawanan persahabatan bertemu Belgium.NILAI £20 juta (RM 98 juta) yang diletakkan oleh kelab Arsenal ke atas penyerangnya, Robin van Persie masih belum menemui 'pembeli'.Enam minggu lalu Van Persie bersuara untuk meninggalkan Arsenal dan sehingga kini dia masih berada di kelab itu gara-gara belum menerima sebarang tawaran yang sesuai dengan kehendak Arsenal. Walaupun terdapat tawaran di buat oleh tiga kelab terkenal, Manchester United, Juventus dan Manchester City, pemain 29 tahun masih lagi berada di Stadium Emirates.Arsenal menolak tawaran yang dibuat oleh United tiga minggu lalu yang turut memohon untuk mengurangkan harga tawaran itu sekali gus menjadikan Van Persie belum 'selamat' berpindah ke Old Trafford.Biarpun pelbagai spekulasi timbul terhadap pemain antarabangsa Belanda itu, apa yang jelas nilainya amat tinggi dan bukan mudah untuk The Gunners melepaskannya.