Robin van PersieARSENAL pada malam Isnin bersedia untuk melepaskan Robin van Persie (RVP) pergi meninggalkan mereka ke Manchester United pada harga £22 juta RM108 juta).Jika rundingan yang diketuai sendiri oleh Sir Alex Ferguson itu berjaya mencapai persetujuan bersama maka RVP akan diumumkan sebagai pemain baru United sebelum tirai Liga Perdana Inggeris dibuka secara rasmi Sabtu ini. Akhbar Britain, The Sun dalam laporan eksklusif mereka mendakwa Arsenal kini bersedia untuk melepaskan RVP, 29, selepas pemain itu diejek sepanjang permainannya menentang kelab Cologne dari Jerman hujung minggu lalu.Walaupun Juventus turut memburu pemain terbaik EPL musim lalu tetapi RVP dikatakan lebih berminat untuk menyarung jersi United.Yang menjadi batu penghalang kepada perpindahan ini adalah kerana Arsenal masih berkeras mahukan £25 juta untuk kapten mereka itu sedangkan tawaran United sebelum ini hanyalah £15 juta.Kali terakhir United membayar harga yang begitu tinggi kepada pemain yang berusia 29 tahun dan ke atas ialah apabila mereka membeli Dimitri Berbatov dari Tottenham pada harga £30 juta tiga tahun yang lalu.United juga belum pernah berjaya membeli mana-mana pemain Arsenal sejak Arsene Wenger menjadi pengurus kelab itu.RVP telah menjaringkan 37 gol dalam semua pertandingan musim lalu dan 30 daripadanya adalah didalam EPL.United bercita-cita mengandingkannya dengan Wayne Rooney yang merupakan penjaring kedua terbanyak EPL musim lalu di belakang RVP.Tidak dapat dibayangkan bagaimanakah kedua-dua pemain itu bakal merobek gawang gol setiap kelab yang mereka bertemu jika digandingkan bersama nanti.