suria

Cedera Paha kanan, Rooney Rehat Dua Bulan

Rooney (tengah) menahan kesakitan selepas cederan terkena but Rodallega Sabtu lalu.
Rooney (tengah) menahan kesakitan selepas cederan terkena but Rodallega Sabtu lalu.
Rooney (tengah) menahan kesakitan selepas cederan terkena but Rodallega Sabtu lalu.

PENYERANG MAnchester United, Wayne Rooney dijangka tidak beraksi selama dua bulan selepas mengalami kecederaan di paha ketika kemenangan 3-2 ke atas Fulham Sabtu lalu.

Tempoh dua bulan direhatkan itu menyaksikan Rooney bakal terlepas sebanyak 14 perlawanan.

Pihak perubatan berkata, kecederaan paha kanan Rooney agak teruk dan memerlukan masa untuk sembuh berdasarkan luka tersebut agak dalam sehingga terkena bahagian tulang paha.

Sebelum ini, bos Man United, Sir Alex Ferguson berpendapat bahawa Rooney hanya akan diketepikan selama sebulan.

Penyerang itu yang tampil menggantikan Ashley Young telah terkena tapak but Hugo Rodallega yang telah menyebabkan dia tercedera.

Berikutan situasi ini, penyerang berusia 26 tahun itu juga bakal terlepas perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Moldova dan Ukraine, aksi Liga-Liga Juara serta aksi liga bertemu Liverpool, Newcastle dan Chelsea.

Keadaaan ini juga menyebabkan kedudukan Rooney dalam pasukan lebih goyang selepas mempamerkan aksi buruk ketika menentang Everton sebelum ini.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan