suria

Walcott Enggan Tanda Tangan Kontrak Baru Bersama Arsenal

Walcott (kanan) enggan menyambung kontrak bersama Arsenal.
Walcott (kanan) enggan menyambung kontrak bersama Arsenal.
Walcott (kanan) enggan menyambung kontrak bersama Arsenal.

APAKAH ARSENAL bakal kehilangan seorang lagi pemain berprofil tinggi apabila Theo Walcott enggan menandatangani kontrak baru bernilai £75,000 seminggu selama lima tahun.

Berita mengenai keputusan terbaru Walcott itu telah membuka ruang kepada Manchester City untuk membuat bidaan ke atas pemain sayap yang telah mewakili England sebanyak 28 kali itu.

City telah pun menjual pemain sayap mereka, Adam Johnson kepada Sunderland dan melihat Walcott, 23, sebagai penganti yang sesuai.

Walcott masih mempunyai baki 12 bulan lagi dalam kontrak lamanya. Bagaimanapun perbincangan mengenai terma-terma peribadi gagal dicapai antara agennya dan juga pengurusan kelab.

Pengurus Arsenal Arsène Wenger dan pengurusan kelab mempunyai sehingga Jumaat ini untuk memutuskan sama ada akan menjual Walcott sebelum pintu perpindahan ditutup.

Pintu perpindahan akan dibuka semula selama sebulan Januari tahun depan.

Bagaimanapun jika dalam tempoh tersebut Walcott disenaraikan untuk bermain dalam liga Eropah, nilainya akan menjunam kerana dia tidak layak untuk mewakili mana-mana kelab baru dalam kejuaraan yang sama.

Walcott menyertai Arsenal pada tahun 2006 dari Southamton. Jika dia meninggalkan Arsenal pada penghujung musim ini tanpa menandatangani perlanjutan kontrak, Arsenal tidak akan memperolehi sebarang bayaran hasil perpindahannya itu.

Arsenal telahpun kehilangan penyerang dan kapten pasukan, Robin van Persie kepada Manchester United dan selepas itu menjual Alex Song kepada Barcelona.

Walcott telah mewakili Arsenal sebanyak 222 kali dan menjaringkan 42 gol.

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan