Harga Sturridge meningkat berbanding tahun 2009.CHELSEA telah memaklumkan kepada Liverpool bahawa kelabnya tidak akan menurunkan harga Daniel Sturridge untuk ke Anfield minggu ini.Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pengurus The Reds, Brendon Rodgers telah bersedia untuk menrima kedatangan Sturridge ke Anfied dan menganggap pemain itu amat padan dengan perangcangan jangka panjang kelab bagi pemain muda yang mempunyai masa depan cerah untuk menjadi bintang. Bagaimanapun, Anfield masih lagi menunggu nilai harga terakhir dari Chelsea yang kini meletakkan harga £25 juta (RM123 juta) jika ingin mendapatkan pemain tersebut.Nilai itu sekaligus menghalang Liverpool untuk mendapatkan Sturridge, meskipun mampu mendapatkan pemain itu secara pinjaman sebelum menjadi pemain tetap.Harga yang ditawarkan kepada pemain muda itu meningkat dengan kontrak berbaki dua tahun bersama Chelsea berbanding sebelum ini hanya bernilai £6 juta (RM30juta) ketika dia berpindah dari Manchester City pada tahun 2009.