Presiden dan Timbalan baru Kesatuan Olahraga Malaysia Datuk Zainal Abidin Ahmad (tengah) dan Datuk Wan Hisham Wan Salleh (dua, kiri) mengangkat tangan bersama kepimpinan baru badan induk itu selepas Mesyuarat Agung Tahunan KOM di sini, Ahad. Kelihatan tiga Naib Presiden, Datuk Mumtaz Jaafar (kiri), Datuk R.Annamalai (dua, kanan) dan K.Yogasveran (kanan). Foto BERNAMA PETALING JAYA: Datuk Seri Shahidan Kassim gagal mempertahankan jawatan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) apabila ia kini disandang oleh Presiden Olahraga Amatur Negeri Sembilan, Datuk Zainal Abidin Ahmad.Ia diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan KOM di Kuala Lumpur pada Ahad. Timbalan Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim turut kecundang mengekalkan jawatan itu apabila ia kini dipegang oleh Datuk Wan Hisyam Wan Salleh.Wan Salleh sebelum ini merupakan Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu.