Yew Ming (kiri) dan Wang beraksi ketika menentang Peya dan Soares pada pusingan pertama acara beregu Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, Selasa. Foto: BERNAMAKUALA LUMPUR: Pemain pilihan ketujuh, Julien Benneteau dari Perancis menewaskan pemain Argentina, Carlos Berlocq pada pusingan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia Jelajah Dunia ATP, di Stadium Putra Bukit Jalil, Selasa.Benneteau mencatat kemenangan 7-6(2),6-3 ke atas pemain ke-45 dunia itu dalam tempoh 1 jam 30 minit. Bagaimanapun kemenangan Benneteau yang kini berada diranking ke-34 dunia bukan mudah selepas mendapat tentangan sengit dari Berlocq yang bangkit merapatkan mata sehingga terpaksa bermain dalam tie break pada set pertama.Pemegang pingat gangsa dalam acara beregu Sukan Olimpik baru- baru ini bakal bertemu pemain Australia, Ebden Matthew yang telah mengetepikan Davydenko Philip dari Rusia 6-0,7-6 (3)."Pada set pertama saya ada membuat sedikit kesilapan dan dia (Berlocq) juga seorang pemain yang hebat."Namun pada set kedua saya bermain lebih agresif dan dapat menamatkan permainan lebih mudah berbanding dengan set pertama," jelasnya kepada media selepas perlawanan.Sementara itu, satu lagi aksi pusingan pertama yang berlangsung pada Selasa menyaksikan pemain Sepanyol Ramos Albert menewaskan Knowle Julian dari Austria, 6-1,6-4.Dalam acara beregu, Davydenko Nikolay (RUS) dan pasangannya, Norman Dick dari Belgium menewaskan Elgin Mikhail (RUS)/Istomin Denis (UZB), 6-3,6-0 dalam tempoh 51 minit.Satu lagi aksi beregu melibatkan pemain negara, Si Yew Ming yang menerima wild card berpasangan dengan pemain Taiwan, Jimmy Wang tewas mudah kepada Alexander Peya (AUT)/Bruno Soares (BRA) 6-2,6-2.Bagaimanapun Yew Ming yang turut beraksi pada pusingan kelayakan perseorangan (wild card) Sabtu lalu tetap berpuas hati dengan aksinya bersama Jimmy, Selasa."Secara keseluruhan saya rasa 'okay' walaupun gagal mengutip satu, dua mata penting."Gandingan saya dengan Jimmy juga baik, namun kalau diberi masa lagi saya yakin ia akan jadi lebih baik," katanya kepada media selepas perlawanan.Dengan tewasnya aksi Yew Ming ini, tumpuan akan beralih arah kepada pasangan tunggal negara yang mendapat wild card acara beregu, Mohd Assri Merzuki dan Syed Mohd Agil Syed Naguib selepas ini.