KUALA LUMPUR: Perenang kebangsaan Chui Lai Kwan terus unggul pada Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) apabila menambah empat lagi pingat emas di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil di sini Khamis.Pada hari ketiga acara renang hari ini, Chui yang mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih emas dalam acara individu wanita 400m gaya bebas, 50m kuak lentang dan 100m kuak kupu-kupu serta 4x400m gaya bebas. "Saya berpuas hati dengan pencapaian hari ini. Pada hari terakhir esok saya akan mengambil bahagian dalam empat lagi acara."Saya lebih yakin dengan acara individu berbanding berpasukan kerana perenang dari Universiti Malaya lebih baik. Semalam, kami juga tumpas kepada mereka dalam acara 4x200m gaya bebas," katanya kepada pemberita pada Khamis.Setakat ini, Chui meraih 10 pingat emas daripada 11 acara yang disertainya.Selain empat acara yang dimenanginya pada Khamis, perenang berusia 21 tahun itu meraih emas dalam acara 4x200m gaya bebas, 400m rampaian, 200m kuak lentang, 50m kuak kupu-kupu, 200m gaya bebas dan 200m rampaian. - BERNAMA