Murray (kiri) menewaskan Djokovic (kanan) pada aksi akhir Terbuka Amerika Syarikat September lalu.ANDY Murray dan Novak Djokovic bakal menerusi 'permusuhan' karier mereka selepas diundi berada dalam satu kumpulan pada saingan Jelajah Akhir Dunia ATP di London bermula Selasa.Pada majlis undian Sabtu lalu, Murray (no 3 dunia) yang telah menewaskan Djokovic ketika ketika meraih gelaran pertama Grand Slam, Terbuka Amerika Syarikat, September lalu kini bersama-sama berada dalam Kumpulan A. Manakala Djokovic yang bakal menamatkan gelaran pemain nombor satu dunia buat tahun kedua akan turut berdepan dengan Tomas Berdych serta finalis yang ditewaskannya tahun lalu, Jo-Wilfried Tsonga dari Perancis.Bagi Kumpulan B pula, saingan dilihat lebih mudah bagi juara bertahan serta pemegang rekod 17 kali grand slam, Roger Federer (Switzerland) yang berada bersama dengan David Ferrer (Sepanyol), Janko Tipsarevic (Serbia) dan Juan Martin Del Potro (Argentina).Federer kini berada di kedudukan kedua dunia.Sementara itu, pemain keempat dunia, Rafael Nadal satu-satunya pemain yang berada dalam kelompok terbaik tidak dapat beraksi kerana masih dibelenggu kecederaan lutut sejak Jun lalu.