Fitri (tengah) bergelar juara pada pusingan terakhir Piala Impian Asia, di Qatar minggu lalu.GELARAN juara pada pusingan terakhir Piala Impian Asia (ADC) yang baru berakhir di Qatar, Sabtu lepas menjadi pembakar semangat bagi pelumba muda terbaik Cub Prix 2012, Mohd Fitri Ashraf Razali untuk menghadapi perlumbaan terakhir kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Batu Kawan pada 1 dan 2 Disember ini.Ketika kelompok besar pelumba di hadapan melepasi selekoh terakhir untuk menuju ke garisan penamat, pelumba 18 tahun itu dapat meloloskan diri dan akhirnya berjaya memecut bersendirian ke garisan penamat untuk meraih gelaran juara. Namun hasrat Fitri meneruskan aksi serupa pada Perlumbaan 2 tidak kesampaian apabila sekadar tamat di tempat keenam. Perlumbaan malam tersebut sebaliknya dimenangi pelumba Australia, Joshua Hook dengan masa 18'00.916s manakala Iswandi kedua, 18'01.130s dan pelumba Jepun, HIroki Ono ketiga, 18'01.150s."Perlumbaan minggu ini sangat sengit namun saya puas kerana selepas beberapa kali mencuba, akhirnya saya berjaya memenangi satu perlumbaan."Saya hampir melakukannya pada pusingan kelima di Taiwan namun kerana sedikit kesilapan, saya terlepas peluang tersebut," jelas Fitri yang akui penyertaan dalam saingan ADC yang dijalankan serentak dengan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS membawa lonjakan besar dalam karier perlumbaannya.Mengulas tentang perlumbaan, Fitri berkata, "Dari segi kelajuan, jentera kami semuanya sama, apa yang berbeza hanyalah dari segi corak tunggangan."Dari awal perlumbaan, saya tahu jika dapat mengekori mereka, saya mempunyai peluang untuk mencari sedikit ruang ke hadapan dan akhirnya, strategi tersebut membuahkan hasil. Saya cuba melakukan tindakan serupa pada Perlumbaan 2 namun mereka menutup ruang dengan baik."Kejayaan Fitri bertambah manis apabila dia menamatkan saingan di kalangan lapan pelumba terbaik keseluruhan yang mana kesemua lapan pelumba teratas menerima peluang untuk menguji jentera Moto3 seperti yang dijanjikan pada awal musim oleh pihak Honda Japan.Tujuh lagi pelumba yang turut menerima peluang menguji jentera Moto3 yang dikendalikan oleh jurutera berpengalaman Honda Racing Corporation (HRC) pada Ahad lepas ialah seorang lagi pelumba negara, Sasitharen Sukumaran, juara keseluruhan ADC, Hikari Okubo, naib juara, Ono, Joshua Hook yang berada di tangga ketiga, Denny Triyugo, Apiwat Wongthananon dan juga Iswandi.Kesemua pelumba ini menerima peluang untuk mempamerkan kemahiran mereka menunggang jentera asas Moto3 dan senarai pendek akan diumumkan nanti bagi menjalani latihan dan ujian pemilihan sebelum diberikan tiket wildcard MotoR di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim 2013.Dikalangan lapan pelumba ini, hanya Ono yang mempunyai pengalaman menggunakan jentera Moto3 manakala ini merupakan kali pertama bagi tujuh pelumba lain termasuk Fitri sendiri.Penuh dengan pengalaman menggembirakan sepanjang minggu ini, Fitri berharap ia akan berterusan dalam Kejuaraan Cub Prix di Batu Kawan minggu ini."Selepas menamatkan saingan ARRC dengan kejayaan memenangi perlumbaan saya turut menerima peluang menguji jentera Moto3. Peluang sebegini amat jarang sekali kerana ia banyak membantu mempertingkatkan skil perlumbaan saya."Pada masa yang sama, pengalaman yang ditimba menjadi pembakar semangat untuk beraksi dengan lebih baik pada pusingan terakshir Cub Prix hujung minggu ini."Setakat ini, saya berjaya naik ke atas podium dalam beberapa pusingan namun masih belum memperoleh gelaran juara. Mudah-mudahan ia dapat direalisasikan pada perlumbaan minggu ini," katanya.