suria

Badminton Terbuka Malaysia Maybank: Liew Kecewa Tewas Di Suku Akhir

KUALA LUMPUR: Harapan pemain perseorangan kedua negara, Daren Liew untuk mara ke pusingan separuh akhir terkandas selepas tewas kepada pemain pilihan keenam kejohanan, Jorgensen Jan O dari Denmark.

Liew tewas secara rubber set selepas menang set pertama, 19-21 namun tewas pada set kedua dan ketiga, 21-13, 21-17 dalam tempoh satu jam.

Ternyata kekalahan itu mengecewakan juara Terbuka Perancis Super Series 2012 ini yang mana Liew menyasarkan untuk mara ke separuh akhir.

"Saya tidak berpuas hati dengan permainan tadi. Dia (Jan O) bermain lebih agresif pada set kedua dan ketiga walaupun saya menguasai pada set pertama.

"Ini merupakan kekalahan pertama saya kepada dia. Tahun lalu saya menewaskannya sebanyak dua kali di Terbuka Perancis dan Piala Thomas," ujarnya lagi kepada mStar Online.

Bagaimanapun Liew berkata, kekalahan ini tidak menghalangnya untuk melakukan persiapan lebih baik selepas ini.

"Saya akan cuba memperbaiki apa yang kurang menjelang kejohanan Seluruh England pada Mac ini," tambah pemain berusia 26 tahun itu.

Artikel Lain