KUALA TERENGGANU: Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) yang gagal memberi impak dalam kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang baharu berakhir, bercadang mengambil pelumba import bagi memantapkan prestasi mereka tahun ini.Ketua Pegawai Eksekutifnya Nik Mohd Syahrom Nik Mohd Hashim berkata jurulatih TSG yang berasal dari Itali, Sebastian Duclos sedang menilai prestasi para pelumba luar yang mengambil bahagian dalam LTdL kali ini. TSG yang diwujudkan kerajaan negeri sejak dua tahun lepas pernah menggunakan khidmat pelumba import, tetapi kontrak mereka ditamatkan tahun ini berikutan prestasi yang tidak memberangsangkan.Mengenai prestasi TSG dalam LTdL, Nik Mohd Syahrom berkata para pelumba kekurangan latihan kemas selain ketiadaan pelumba berpengalaman terutama pelumba import.-BERNAMA