Pelumba Finland, Kimi Raikkonen yang memandu jentera Lotus memenangi sesi pembukaan Formula One Grand Prix Australi di Melbourne pada Ahad. Pemandu Ferrari Fernando Alonso pula meraih tempat kedua sementara juara dunia Sebastian Vettel daripada pasukan Red Bull terpaksa berpuas hati di tempat ketiga. MELBOURNE: Pelumba Finland Kimi Raikkonen yang juga pemandu pasukan Lotus memenangi sesi pembukaan Formula One Grand Prix Australia di Melbourne pada Ahad.Raikonnen berjaya memintas pelumba Ferrari, Fernando Alonso dan juara dunia daripada pasukan Red Bull Sebastian Vettel. Ia merupakan kemenangan kali ke-20 buat Raikkonen,33 selepas meraih meraih gelaran juara dunia pada 2007 ketika dia menjadi pelumba pasukan Ferrari.Raikkonen memecut laju ke garisan penamat untuk menewaskan Alonso dengan 12.4 saat sementara Vettel yang ketinggalan dengan 9.8 saat meraih tempat ketiga.Rakan sepasukan Alonso daripada Ferrari, Felipe Massa daripada Brazil berada di tempat keempat dengan pemandu Britain Lewis Hamilton daripada pasukan Mercedes kelima sementara pemandu Australia daripada pasukan Red Bull di tempat keenam.Alonso's Ferrari teammate Felipe Massa of Brazil was fourth with Britain's Lewis Hamilton in a Mercedes fifth and Australian Mark Webber in a Red Bull sixth.18 pelumba berjaya menamatkan perlumbaan hingga ke pusingan 58 di litar Albert Park Street dengan dua pelumba, Hulkenberg dan Daniel Ricciardo terpaksa menarik diri apabila jentera mereka mengalami masalah teknikal. Pusingan kedua, F1 akan berlangsung di Sepang, Malaysia pada minggu hadapan. - AFP