suria

Golf: Pemain Ketiga Dunia Teruja Beraksi Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Pemain golf nombor tiga dunia, Luke Donald dijangka bakal memberi saingan sengit kepada pemain-pemain lain pada Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank (MMO) 2013 bermula 21-24 Mac ini di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).

Dengan prestasi yang berada di kemuncak selepas meraih tempat keempat dalam Kejuaraan Tampa Bay minggu lalu, Donald teruja beraksi di Malaysia.

"Keputusan saya dalam beberapa siri kejohanan tidak seperti yang saya inginkan, tetapi minggu lalu banyak perubahan yang berlaku.

"Saya lebih berasa yakin dengan corak permainan saya minggu lalu, lebih-lebih lagi dari dari segi pukulan yang dilakukan.

"Saya juga dapat merasakan banyak peluang untuk melakukan yang lebih baik," jelasnya pada sidang media, Selasa.

Donald berkata, dia masih belum berpeluang mencuba lapangan di KLGCC ini memandangkan baharu tiba di sini pagi ini.

"Petang ini mungkin saya akan menjalani sedikit latihan dan esok akan mencuba sepenuhnya," tambahnya.

Donald antara bintang utama yang bakal memeriahkan MMO musim ini bersama tiga lagi bintang dunia termasuk Padraig Harrington, Charl Schwartzel dan Matteo Manasero.

Donald, 35, memenangi Money Lists bagi kedua-dua kawasan Alantik pada 2011, dan turut meraih tujuh gelaran Jelajah Eropah termasuk kejayaan dalam acara utama Tour berturut-turut, kejohanan PGA BMW.

Kemeriahan edisi ke-52 dijangka lebih menarik dengan perebutan hadiah yang semakin meningkat bernilai US$2.75 juta (kira-kira RM8.37 juta), meningkat US$250,000 (RM760,911.16) daripada kejohanan tahun lepas.

Artikel Lain