Pemandu kedua Mercedes AMG Petronas Lewis Hamilton keluar dari 'pit lane' pada sesi latihan pertama Perlumbaan Grand Prix Formula Satu Petronas Malaysia 2013 di Litar Antarabangsa Sepang pada Jumaat.Hamilton menduduki tempat kesembilan dengan catatan masa 1 minit 37.840 saat manakala rakan sepasukannya NIco Rosberg menduduki tempat kelima dengan catatan masa 1 minit 37.588 saat.-fotoBERNAMASEPANG: Selepas menawan Litar Albert Park di Melbourne pada aksi Pusingan Pertama Formula Satu Grand Prix Australia minggu lalu, pelumba Lotus F1 Team, Kimi Raikkonen semakin ghairah untuk meneruskan aksi cemerlangnya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Jumaat.Pusingan kedua Grand Prix Formula Satu Petronas Malaysia bermula dengan latihan sesi bebas 22 pelumba dengan menyaksikan Mark Webber dari pasukan Red Bull Racing meraih kedudukan pertama pada sesi perrtama, manakala Raikkonen berada di tempat kedua. Namun pada aksi sesi latihan kedua, Raikkonen mengambil alih kedudukan Webber dengan mencatat 1:36.56, manakala tempat kedua pula dikuasai seorang lagi pelumba Red Bull, Sebastian Vettel.Pelumba Scuderia Ferrari, Felipe Massa berada di tempat ketiga selepas di kedudukan ketujuh pada latihan pertama .Rakan sepasukan Massa, Fernando Alonso berada di empat keempat diikuti Webber dan keenam, Romain Grosjean (Lotus F1 Team).Pengarah Teknikal Lotus, James Allison berkata, pasukannya gembira dengan aksi latihan bebas hari ini dan semuanya berjalan lancar."Pasukan berada dalam keadaan bagus. Keadaan cuaca panas atau hujan tidak menjadi masalah dan kami bersedia dengan keadaan tersebut," katanya pada pada sidang media berakhirnya latihan sesi kedua.Allison juga berkata, prestasi Kimi setakat ini berada di kemuncak dan teruja untuk meneruskan aksinya di sini."Kimi berada dalam keadaan tenang dan penuh dengan keyakinan. Semangatnya sangat luar biasa."Kami berharap dia akan mengulangi kejayaan minggu lalu," tambahnya.Sementara itu, kesemua pelumba bakal meneruskan sesi latihan sesi ketiga esok (Sabtu) sebelum mengharungi pusingan kelayakan pada sebelah petang.SENARAI PELUMBA:1. Kimi Räikkönen - Lotus-Renault 2.Sebastian Vettel - Red Bull Racing-Renault3. Felipe Massa - Ferrari4. Fernando Alonso -Ferrari5. Mark Webber - Red Bull Racing-Renault6.Romain Grosjean - Lotus-Renault7.Nico Rosberg - Mercedes8. Paul di Resta - Force India-Mercedes9. Lewis Hamilton Mercedes10.Adrian Sutil - Force India-Mercedes 11. Sergio Perez - McLaren-Mercedes12. Jenson Button - McLaren-Mercedes13. Nico Hulkenberg - Sauber-Ferrari14. Esteban Gutierrez - Sauber-Ferrari 15. Jean-Eric Vergne - STR-Ferrari16. Pastor Maldonado - Williams-Renault17. Daniel Ricciardo - STR-Ferrari18. Jules Bianchi - Marussia-Cosworth19. Valtteri Bottas - Williams-Renault20. Charles Pic - Caterham-Renault21. Giedo van der Garde - Caterham-Renault22. Max Chilton - Marussia-Cosworth