Pemain golf dari Ireland, Padraig Harrington ketika beraksi pada Maybank Malaysia Open 2013 di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) di sini, Sabtu. -Foto BERNAMAKUALA LUMPUR: Pemain profesional S. Murthy adalah antara tiga wakil negara yang layak ke pusingan akhir Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia 2013 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di sini, Sabtu.Murthy, 42, menamatkan pusingan kedua hari ini dengan catatan dua bawah par 70 untuk mengumpul jumlah tujuh bawah 137 pada kejohanan bernilai US$2.75 juta (RM8.56 juta) itu. Beliau terikat di tempat kelapan bersama lima lagi pemain termasuk juara Major tiga kali, Padraig Harrington dari Ireland. "Saya sudah lama menunggu untukl memulakan saingan semalam dan persembahan hambar saya tidak kena mengena dengan cuaca. Ia adalah kesilapan saya sendiri untuk permulaan yang buruk," katanya. "Saya melakukan beberapa pukulan baik dengan tiga pukulan putt pada lubang ke-11 dan ke-14. Tiba-tiba, saya ketinggalan tiga di atas par untuk hari pertama. Kemudian saingan ditunda kerana cuaca," kata Murthy. Selain MUrthy, dua lagi pemain tempatan yang layak ke pusingan ketiga hari ini ialah pemain amatur utama negara, Gavin Kyle Green, yang melakarkan tiga bawah 141 dan pemain profesional utama negara Danny Chia dengan dua bawah par 142 selepas dua pusingan.Pihak penganjur, Persatuan Golf Malaysia, Jelajah Asia dan Jelajah Eropah, telah menetapkan had kelayakan (cut-off) kepada 65 pemain tetapi ekoran beberapa pemain terikat maka jumlah itu meningkat kepada 73 pemain.Sementara itu, 19 lagi pemain profesional termasuk lima amatur gagal melangkah ke dua pusingan terakhir.Selepas pusingan kedua berakhir petang ini, pendahulu pusingan pertama, Kiradech Aphibarnrat dari Thailand mendahului pusingan kedua dengan jumlah 11 bawah par 133.Keputusan pemain Malaysia selepas pusingan kedua: - 137 - S. Murthy 67-70; 141 - Gavin Kyle Green (AM) 73-68; 142 - Danny Chia 71-71; 145 - Sukree Othman 73-72; 147 - Nicholas Fung 72-75, S. Sivachandran 72-75, Solomon Emilio Rosidin (AM) 77-70, Akhmal Tarmizee 78-69; 149 - Shaaban Hussin 75-74, Arie Ahmad Fauzi (AM) 74-75; 150 - R. Nachimuthu 70-80, Mohd Rashid Ismail 81-69; 151 - Kenneth De Silva 74-77; 152 - P. Gunasegaran 77-75; 153 - Mohamad Basharudin 77-76; 154 - Airil Rizman Zahari 76-78; 155 - Low Khai Jei (AM) 82-73; 157 - Abel Tam (AM) 76-81; 158 - Kemarol Baharin 77-81, Hanafiah Jamil 79-79; 159 - M. Sasidaran 79-80; 165 - Mohd Afif (AM) 83-82. -BERNAMA