suria

Tyson Gay Catat Larian Terpantas 200m Tahun Ini Pada Ujian Kelayakan AS

BEKAS JUARA pecut dunia, Tyson Gay melakukan larian terpantas tahun ini untuk jarak 200m dengan mencatatkan masa 19.74 saat pada ujian kelayakan kejuaraan dunia Amerika Syarikat di Iowa.

Gay, yang merupakan juara dunia 2007 kini dijadualkan untuk bersaing bersama-sama manusia terpantas atas planet ini - Usain Bolt untuk acara 100m dan 200m di kejuaraan dunia, Moscow, dari 10-18 Ogos nanti.

Dalam larian ujian kelayakan untuk mewakili AS, bekas juara berusia 30 tahun itu berjaya menumpaskan pencabar terdekatnya, Isiah Young dan Curtis Mitchell.

Kemenangan tersebut muncul hanya dua hari selepas Gay membuat larian terpantas tahun ini bagi acara 100m dengan mencatatkan masa 9.75 saat.

Bolt selaku juara bertahan tidak perlu melalui proses ujian kelayakan untuk acara 200m tetapi terpaksa bersaing untuk menempah tempat bagi acara 100m.

Dia bagaimanapun menang dengan penuh bergaya dalam ujian kelayakan Jumaat lalu.

Sementara itu, Kimberlyn Duncan mengejutkan juara Olimpik, Allyson Felix dengan memenangi acara 200m wanita untuk mewakili AS.

BERIKUT ADALAH LIMA LARIAN TERPANTAS DUNIA ACARA 100M:

9:58: U Bolt, 2009 - Kejuaraan Dunia

9:63: U Bolt, 2012 - Sukan Olimpik

9:69: U Bolt, 2008 - Sukan Olimpik

9:69: T Gay, 2009, - Trek & Balapan Shanghai

9:69: Y Blake, 2012, - Trek & Balapan Lausanne

BERIKUT ADALAH ENAM LARIAN TERPANTAS DUNIA DALAM ACARA 200M:

19:19: Usain Bolt, 2009

19:26: Yohan Blake, 2011

19.30: Usain Bolt, 2008

19:32: Usain Bolt, 2012

19:32: Michael Johnson, 1996

19:40: Usain Bolt, 2011

Artikel Lain