suria

Hamilton Raih Petak Pertama Grand Prix Hungary

BUDAPEST: Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton mengatasi juara bertahan dan pendahulu Formula Satu musim ini, Sebastian Vettel untuk berada di petak pertama perlumbaan Grand Prix Hungary yang akan berlangsung Ahad.

Hamilton mencatatkan masa terpantas satu minit 19.388 saat manakala Vettel 1.19.426.

Pemandu Lotus, Romain Grosjean pula mencatatkan masa ketiga terpantas untuk membolehkannya bermula di baris kedua.

Berikut keputusan sesi kelayakan Grand Prix Hungary:

1. Lewis Hamilton, Mercedes 1:19.388

2. Sebastian Vettel, Red Bull 1:19.426

3. Romain Grosjean, Lotus 1:19.595

4. Nico Rosberg, Mercedes 1:19.720

5. Fernando Alonso, Ferrari 1:19.791

6. Kimi Raikkonen, Lotus 1:19.851

7. Felipe Massa, Ferrari 1:19.929

8. Daniel Ricciardo, Toro Rosso 1:20.641

9. Sergio Perez, McLaren 1:22.398

10. Mark Webber, Red Bull - tiada catatan masa

Artikel Sebelum

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia