Jose MourinhoPENGURUS Chelsea, Jose Mourinho memberi amaran awal perebutan gelaran musim dengan menyaksikan kemenangan pertama 2-0 ke atas Hull City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) lewat Ahad malam.Sentuhan awal Mourinho yang kembali membimbing The Blues musim ini amat jelas, dan dalam masa sama dia tetap berusaha untuk mendapatkan penyerang Manchester United, Wayne Rooney. Pengendali ini dilihat tidak berputus asa untuk mengikat penyerang England itu sehingga jendela perpindahan akan ditutup pada 2 September ini.Menurut kenyataan satu kenyaataan, sekiranya percubaan ini gagal, Mourinho akan cuba lagi pada Januari ini apabila jendela perpindahan kembali dibuka.Walaupun tidak menyebut nama Rooney tetapi Mourinho berkata: "Kamu tahu pemain itu, kami faham dengan situasi ini, dan sentiasa di landasan yang betul."Kelab Chelsea akan membuat sekali lagi tawaran pada minggu ini, dipercayai dalam anggaran £40 juta (RM205 juta) bagi mendapatkan penyerang tersebut.Sementara itu, pada aksi bertemu Hull City, jaringan kemenangan dilakukan oleh Oscar pada minit ke-13, manakala gol kedua dicatat oleh pemain veteran, Frank Lampard m-25.