Stanislas Wawrinka. Foto S.S. KANESAN / THE STARKUALA LUMPUR: Pemain pilihan kedua, Stanislas Wawrinka mara ke suku akhir selepas menewaskan Marcos Baghdatis 6-1 7-5 pada aksi pusingan kedua Tenis Terbuka ATP Malaysia, di Stadium Putra Bukit Jalil, Khamis.Wawrinka yang kini menduduki ranking ke-10 dunia hanya mengambil masa 1 jam lima minit bagi memastikan slot suku akhir menjadi miliknya. Berdepan dengan Baghdatis bukan mudah buat pemain kelahiran Switzerland ini apabila lawannya cuba bangkit pada set kedua, namun kesilapan demi kesilapan yang dilakukan pemain di ranking ke-48 dunia itu memudahkan Wawrinka mengutip mata.Wawrinka yang mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat baru-baru ini bakal bertemu pencabar dari Rusia, Dmitry Tursunov ataupun pemain wildcard dari Sepanyol, Pablo Carreno Busta.