suria

ATP Malaysia: Sousa-Benneteau Berentap Dalam Aksi Final Ahad

Pemain Portugal Joao Sousa meraikan kemenangannya selepas menewaskan pemain pilihan keempat Jurgen Melzer dari Austria pada perlawanan separuh akhir Tenis Terbuka Malaysia di Stadium Putra stadium di Bukit Jalil pada Sabtu. Joao Sousa menang 6-4,3-6,6-4. - Foto: S.S.KANESAN/The Star)

KUALA LUMPUR: Selepas menewaskan pemain no.4 dunia David Ferrer, bintang tenis Portugal, Joao Sousa terus mengorak langkah ke final buat kali pertama dalam karier ATP setelah menundukkan Jurgen Melzer dari Austria, 6-4, 3-6, 6-4 pada saingan separuh akhir Tenis Terbuka ATP Malaysia 2013, Sabtu.

Selepas memerah keringat hampir dua jam tiga minit, Sousa mencatat kemenangan manis biarpun tewas pada set kedua kepada pemain pilihan keempat kejohanan ini.

Sousa bangkit mempamerkan aksi mantap pada set penentuan sebelum mencatat kemenangan ke atas Melzer.

Pemain berusia 24 tahun yang mara ke pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat baru-baru ini begitu teruja dan bersedia untuk memberi persembahan terbaik pada aksi final nanti.

"Permainan yang sempurna minggu ini. Saya berasa gembira berada di sini, lebih-lebih lagi selepas berjaya mara ke final.

"Saya tahu pemain-pemain lagi datang ke sini untuk meraih gelaran juara, dan saya akan menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk mencatat kejayaan.

"Sudah tentu ia bukan perlawanan mudah. Namun saya akan cuba seratus peratus pada penentuan juara esok (Ahad)," jelasnya selepas perlawanan.

Sousa yang kini berada di ranking ke-77 memulakan kariernya sebagai pemain profesional pada tahun 2005 di bawah bimbingan bekas pemain, Fredirico Marques.

Sudah pasti persaingan akhir ini bakal memberi pengalaman baru kepada Sousa apabila bakal bertemu naib juara tahun lalu dari Perancis, Julien Benneteau.

Benneteau dipilih sebagai pemain pilihan kelima kejohanan menempat tiket ke final selepas mengetepikan pemain no.10 dunia, Stanislas Wawrinka dari Switzerland, 6-2 6-3 pada satu lagi aksi yang sama.

Lebih menarik, perlawanan ini juga bakal menyaksikan kedua-dua pemain cuba merebut trofi kejuaraan ini buat kali pertama. Di atas kertas, kelebihannya sudah pasti kepada Benneteau yang mempunyai pengalaman luas beraksi dalam aksi grand slam.

Namun, kelibat Sousa juga tidak boleh dipandang remeh selepas membuktikan dia bukan calang-calang pemain selepas mengetepikan beberapa nama besar yang mencatat ranking lebih baik daripadanya di kejohanan edisi kelima ini.

"Kali kedua mara ke final, dan saya gembira dengan kemenangan ini. Keputusan yang dicatat kelihatan agak mudah, namun ia sebaliknya kerana saya perlu berhati-hati dan berfikir dalam semua aspek.

"Dan saya cuba menang dua set," jelasnya selaps perlawanan.

Pemenang pingat gangsa acara beregu pada Sukan Olimpik tahun lalu ini berkata, lawannya pada final nanti agak mencabar.

"Joao dilihat berada dalam keadaan yang bagus sepanjang minggu ini, begitu juga saya.

"Dia telah menewaskan David Ferrer dan juga Pablo Cuevas sebelum ini. Sudah tentu pertemuan bakal menjadi saingan sengit," tambah Benneteau yang tewas kepada pemain Argentina, Juan Monaco pada final tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain