Januzaj cenderung memilih England sebagai karier antarabangsanya.PEMAIN sayap Manchester United, Adnan Januzaj akan memilih England sebagai pasukan antarabangsa sekiranya Persatuan Bola Sepak England (FA) dapat memberi kelonggaran mengenai tempoh lima tahun penetapan sebagai penduduk.Januzaj dilahirkan di Brussels, manakala ibubapanya adalah kelahiran Kosovo-Albania sebelum ini telah menolak tawaran Belgium. Namun pihak FA telah diberi bayangan bahawa pemain berusia 18 tahun itu yang layak bermain untuk empat negara lain, memilih Kosovo untuk karier antarabangsa jika ia dibawah FIFA, dan sebalik lebih cenderung untuk menyarung jersi England.Sumber ini telah disebarkan oleh keluarga rapat Januzaj mengenai pemain yang menjadi rebutan bola sepak Eropah pada masa kini.Bagi FA, pihaknya telah jelas mengenai peraturan tersebut kerana selepas dua tahun di England dengan menyertai pasukan United pada umur 16 tahun, dan Januzaj mempunyai baki tiga tahun lagi sebelum dia dibenarkan oleh FIFA bermain untuk negara kelahirannya.Namun pengurus England, Roy Hodgson dan pengerusi FA, Greg Dyke telah berbincang mengenai perkara ini dan berminat untuk melihat sebarang kemungkinan membawa masuk Januzaj dan mungkin akan memulakan dengan permohonan pasport British.Dalam masa sama, mereka sedar kemungkinan cabaran yang akan timbul berdasarkan undang-undang penentapan lima tahun itu.Bagaimanapun, Abedin (bapa Januzaj) menepis kenyataan yang dikeluarkan oleh jurulatih Belgium, Marc Wilmots.Belgium dikatakan telah lama mengidamkan aksi Januzaj, namun minggu lalu, Wilmots berkata: "Agak mustahil untuk berbincang dengan saya. Budak itu boleh bermain? Dia mahu bermain? Itu adalah sangat sempurna, okay, tunjukkan pada saya."Jika kamu berada di tahap prestasi terbaik di Manchester, tunjukkan saya kemahiran dan jika saya mahu, saya akan menghubungi kamu. Saya tidak berjanji apa-apa!."Namun bapa Januzaj memberi aksi tidak berpuas hati dan berkata: 'Ini sesuatu yang memalukan. Kami tidak pernah terlibat dengan sesi pemilihan, tidak dihubungi atau tiada apa-apa surat dari Persatuan Bola Sepak Belgium."Mereka mempersoalkan pemilihan dia, bukan kami. Wilmot telah menunjukkan jalan yang sukar sekarang. Kami sangat marah dengan komennya itu."Selain England, Januzaj layak beraksi untuk negara Belgium, Albania, Kosovo ataupun Turki.