KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Denmark apabila tewas kepada Chen Long dari China di Odense, Denmark, Ahad.Chong Wei, yang menyambut hari kelahirannya ke-31, terpaksa akur dengan ketangkasan Chen Long yang juga pemain nombor tiga dunia dengan straight set, 22-24 dan 19-21 dalam masa 68 minit. Dengan kemenangan itu Chen Long membawa pulang US$30,000 (RM94,710) manakala Chong Wei selaku naib juara meraih US$15,200 (RM47,986.40).Untuk rekod, Chong Wei meraih lima gelaran tahun ini iaitu Terbuka Korea, Malaysia, India, Indonesia dan Terbuka Jepun. - BERNAMA