Carroll berharap dapat kembali menyarung jersi England.ANDY Carroll mahu kecederaan tumit yang dialami sembuh secepat mungkin bagi merebut tempat dalam skuad England ke Piala Dunia di Brazil tahun depan.Pemain berusia 24 tahun itu meledak dua gol dalam sembilan penampilan bersama England dan kini gigih menjalani pemulihan di Klinik Move to Cure di Antwerp, Belgium selepas mengalami kecederaan serius di tumit pada aksi akhir musim lalu. Carroll yang turut menyaksikan perlawanan kelabnnya Fulham beraksi ketika tewas 1-3 kepada Manchester City Sabtu lalu yakin dia akan sembuh secepat mungkin."Saya hanya perlu sembuh dan bermain dengan West Ham serta menjaringkan beberapa gol, seterusnya kembali bersama England," jelasnya yang kali terakhir beraksi dengan England ketika menentang San Marino pada Oktober tahun lalu."Buat masa sekarang saya berada di Belgium dan akan memulakan latihan dalam tempoh terdekat."Saya melakukan pemulihan dengan baik di sini dan gembira dengan apa yang berlaku."Saya bekerja keras setiap hari dan jika saya terus berusa, ia tidak akan mengambil masa lama untuk sembuh".