suria

United Tawar Rooney Kontrak Baharu Lumayan

Rooney ditawarkan gaji RM1.2 juta seminggu dalam perjanjian baharu.
Rooney ditawarkan gaji RM1.2 juta seminggu dalam perjanjian baharu.
Rooney ditawarkan gaji RM1.2 juta seminggu dalam perjanjian baharu.

LONDON: Manchester United merancang untuk terus mengekalkan Wayne Rooney bersama kelab itu dengan menawarkan kontrak baru bernilai 52 juta pound (RM267 juta) pada awal tahun hadapn.

Ketua kelab Old Trafford itu, melengah-lengahkan rancangan tersebut selepas penyerang berbisa itu berdepan situasi tidak menentu pada musim lalu.

Namun, prestasi memuncak Rooney pada ketika ini meyakinkan pengurusan Red Devils untuk memperbaharui gajinya sebanyak 250,000 pound (RM1.2 juta) seminggu selama empat tahun sebelum kontrak sedia ada tamat pada akhir musim depan.

United turut menawarkan pakej insentif yang diperbaharui berdasarkan kemunculan dan pencapaiannya.

Ketua Eksekutif United yang baharu, Ed Woodward menyifatkan Rooney sebagai 'tiada pengganti dan menunjukkan aksi luar biasa' pada bulan lalu.

Jose Mourinho cuba untuk mendapatkan khidmatnya bersama Cheslea musim panas lalu tetapi United menolak dua tawaran bernilai 30 juta pound (RM154 juta) dan 35 juta pound (RM180 juta) terhadap Rooney.

Rooney, 28, kini dilihat berusaha keras untuk menyesuaikan diri dibawah pengurus baharu, David Moyes.

Walaupun Rooney belum menyatakan beliau gembira kekal di United, Rooney dilihat mula menikmati aksi bersama kelab itu.

"Seperti yang saya katakan selama ini, saya hanya ingin bermain bola sepak dan beraksi dengan baik pada musim ini.

"Saya menjaringkan beberapa gol dan juga mencipta beberapa peluang kepada rakan pasukan.

"Saya mula seronok," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain