Roberto CarlosPEMAIN legenda Brazil, Roberto Carlos mengakui Jose Mourinho dan Michael Laudrup merupakan pengurus yang berpengaruh dan hero dalam pengurusan pasukan.Carlos mula berkecimpung dalam dunia pengurusan mengendalikan pasukan Sivasspor yang kini berada di tangga ketiga dalam saingan SuperLiga. Biarpun tidak pernah bekerja di bawah Mourinho atau Laudrup, bekas juara Piala Dunia itu memebri tahu FIFA.com: "Saya telah mempelajari banyak pengalaman daripada ramai jurulatih."Saya pernah bekerja dengan Luiz Scolari, Vanderlei Luxemburgo, Fabio Capello, Vicente Del Bosque.Tetapi saya tidak pernah bekerja dengan Jose Mourinho."Saya selalu cuba memerhati dua jurulatih ini, untuk belajar dan menggunakannya untuk diri sendiri."Saya sangat berminat dengan mereka, termasuk jurulatih generasi muda seperti Pep Guardiola yang telah mencatat banyak kejayaan di Barcelona dan kini Bayern pula."Dan Michael Laudrup pula menjalankan tugas dengan baik di kelab yang lebih kecil seperti Swansea. Mereka pastinya akan melakukan sesuatu untuk berada di atas dan mencipta kejayaan dalam tempoh yang panjang."